Wednesday, September 11, 2013

KABINET DAPUR - HARGA TERUS DARI KILANG


Beberapa sampel kabinet dapur yang telah dibina. Namun semuanya adalah mengikut kehendak dan citarasa pelanggan. Warna dan bahan boleh dipilih dengan harga yang sungguh istimewa terus dari kilang. Material biasa adalah dari plywood,chipboard dan solid kayu nyatoh serta boleh dihias dengan bingkai aluminium. Table-top juga semakin popular. Pilih sahaja design dan bahan yg digemari,..harga boleh dibincang dan pastinya lebih murah dari tempat lain


Monday, September 9, 2013

UBAHSUAI RUMAH DI TAMAN PERPADUAN KOPERASI,TAMBUN

Kerja-kerja menyambung dapur 20' x 15' beserta slab L Shape 10' x 12',



kabinet bawah slab dan pintu setor,.harganya sgt kompetitif

Tuesday, August 6, 2013

JOMM JADI PROPERTY DEVELOPER MCM KERIS PROPERTIES / MK LAND DI MEDAN INDONESIA


menurunkan pasir secara manual,.lori xde jek,..
 Post ini saya ingin bercerita ttg peluang perniagaan dlm sektor pembinaan di Medan Indonesia. Baru-baru ini sya balik kg mentua di Lubuk Pakam Medan Indonesia(isteri saya org medan). Untuk pengetahuan semua, Lapangan Terbang Antarabangsa Medan telah berpindah dari Polonia ke Kualanamu pada 25 Julai 2013 yang lalu. Pekan terhampir dgn Kualanamu International Airport(bahasa Indonesia untuk airport ialah "Bandara" atau bandar udara) ialah Lubuk Pakam,..ya,.kg mentua saya.


Bata Merah binaan(saiz agak kecil)
IDR38,000 per 100biji


Rata-rata kos barang binaan dan buruh di Indonesia masih murah.

Sebagai contoh kos buruh binaan sekitar IDR70,000-80,000 sehari, lebih kurang RM20-23.50,..sgt murah berbanding sini iaitu RM80-120 sehari.

Kos pasir sekitar IDR75,000/meter cubic(RM21.70) berbanding di Malaysia RM45-55/ela.

Harga bata pula IDR380 sebiji(IDR38,000 utk 100biji),.lebih kurang 12sen berbanding di sini bata merah dh naik ke 45sen manakala bata pasir 25sen sebiji



Dalam tinjauan saya sekitar Lubuk Pakam, begitu ramai penduduk kg yg mahu jual tanah,..kawasan tanah kosong juga masih banyak dan sawah padi menghijau mendominasi langskap. Harga tanah telah melonjak dari IDR20juta serantai 2-3tahun lepas ke IDR100juta serantai(1rantai lebih kurang 20mx20m persegi)

Saya sgt tertarik dgn sebidang tanah lebih kurang 4rantai luasnya hendak dijual dgn harga IDR400juta(msih boleh dibincang).Lokasinya pula cuma 30minit dari "bandara" Kualanamu.Pada perkiraan kasar saya,tanah seluas 4rantai boleh buat sebanyak 12 rumah teres

Anggaran kiraan kasar saya:
kos tanah                 400juta    (RM133,600)
kos bina rumah         600juta     (RM200,400)
(50juta x12)
Rumah teres ini berukuran 18kaki x 35kaki dijual dgn harga
IDR300juta (RM100,200)

Kos promosi/iklan    100juta           (RM33,400)
pengurusan/dll           100juta          (RM33,400)

Anggaran total kos   1200juta       (RM400,800)
(*kadar tukuran semasa)



Anggaran total sale:

harga rumah IDR200Juta(kira jual murah ni,.pasti berebut org nk beli,..hehe)
x 12 = IDR2400juta@RM801,600


woww,..!!! untung hmpir 100%

tu baru 1 projek,..hasil sales beli pula kawasan baru lebih luas boleh bina 20-30 rumah,..uishhh malas nk bayangkan,..hhehehehe

SIAPA YG ADA MODAL DLM 200K JOMM KITA JADI DEVELOPER DI SEKITAR BANDARA KUALANAMU,..InshaAllah dlm 4-5tahun kita jadi mcm MK Land atau Syed Mokhtar Al-Bukhari,..aminnnn!!!

Tuesday, July 23, 2013

HAMPIR SIAP DI KLEBANG PUTRA,...

House Renovation di Klebang Putra,.InshaAllah selesai dlm beberapa hari lagi


Sunday, July 21, 2013

MEMBINA SEBUAH KEDAI TOMYAM DI AMPANG,IPOH

Membina sebuah kedai Tomyam di Ampang Ipoh atas tapak yang disewa. Bukan kedai saya,.saya cuma bina mengikut plan je,..hehehe


Friday, July 12, 2013

Projek Bulan Ramadhan



Memulakan kerja-kerja mengganti bumbung dan kekuda rumah En Idris di Kampung Sri Kinta Ipoh.Walaupun bulan ramadhan namun kerja tetap diteruskan mcam biasa,.kalau siapa yg tak biasa buat kerja macam ni boleh pitam atas bumbung,..hehehe




Tuesday, July 9, 2013

SAMBUNGAN RUMAH MENGGUNAKAN KAYU

Sambungan menggunakan kayu memang menawan dan unik,melambangkan citarasa pemiliknya yg tersendiri.Selain itu jadikan wakaf sebagai pelengkap hiasan halaman rumah,.pasti menenangkan. Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya,harga sgt berpatutan dan boleh dirunding,..


Monday, July 1, 2013

HARGA SIMEN NAIK

Harga simen naik ke RM19 (ambil sendiri) dan RM19.50 (hantar)

Wednesday, February 27, 2013

PAKAR KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH/ HOUSE RENOVATION

Ramai orang mahu mengubahsuai rumah supaya menepati citarasa dan keperluan keluarga,tapi takut ditipu atau bimbang hasilnya nanti tidak seperti diharapkan.Oleh itu memilih kontraktor yang tepat sangat penting agar ubahsuai memenuhi kehendak dalam bajet yang ditetapkan. Saya adalah kontraktor Kelas F berdaftar dgn PKK dan CIDB,menjalankan kerja-kerja binaan di sekitar Ipoh.Membina rumah baru atau ubahsuai rumah mengikut kehendak pelanggan adalah kegemaran saya. Saya mengenakan harga sangat berpatutan serta boleh dirunding. Mutu kerja yang berkualiti anda pasti berpuas hati kerana kepuasan anda adalah keutamaan saya.Jika anda memerlukan perkhidmatan saya jangan segan-segan untuk hubungi saya.Rundingan (tanpa komitment) adalah percuma